Monday, 31 December 2012

DIA lebih mengetahui

Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu dan sekarang dah masuk tahun 2013. Ini bermakna umur pun makin bertambahlah kan...hehe *Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah aku masih lagi dipanjangkan umur*


Azam tahun lepas? Hmm past is past.. nevermind. Yeahh! Be strong ok! muslim's girls are strong! Mistakes make me human. Failure makes me stronger. Walaupun apa yang aku harapkan sepanjang 3 tahun selepas tamat belajar tidak kesampaian, namun aku redha seredhanya and be thankful coz sepanjang itu juga, aku rasa aku dekat dengan DIA. Seperti post yang sebelum-sebelum ini, apabila seorang insan gagal mencinta Tuhannya, maka cinta sejati itu tidak akan ditemuinya.



Dan aku pasti, cinta sejati itu akan tiba jua nanti..aminn



Monday, 24 December 2012

Reset minda orang yang mendapat jodoh



Jumpa jodoh bukan seperti kita mengiklankan diri kita pada orang
Bukan tunjuk lawa supaya orang tertarik pada kita
Ini kerana kecantikan itu hanyalah sementara

Jadikan diri sebagai magnet
Jadilah manusia bermagnetik
Menarik apa kita hendak dengan menjadikan apa yang kita hendak

Kata-kata orang bijaksana :
Jangan kejar duit biar duit kejar kita
Jangan kejar pekerjaan biar pekerjaan kejar kita
Jangan kejar kasih sayang biar kasih sayang kejar kita

Apa-apa pun semuanya dari hati.
Hati yang baik InsyaAllah peribadi dan akhlak juga indah.
Berubah untuk menjadi muslimin dan muslimah yg sejati
Istiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik.



Sunday, 23 December 2012

Segalanya adalah ketentuan daripada Allah s.w.t

Kita tidak akan dapat menduga apa yang akan terjadi kerana segala ketentuan dari Illahi. Jodoh, rezeki dan ajal maut sudah tertulis semasa 4 bulan kita dalam kandungan ibu lagi - via UAI. Namun, kita sebagai insan haruslah sentiasa percaya segala kebaikan dari ketentuan ini datangnya dari Allah dan sebaliknya dari kita.

Jodoh?
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu sebaliknya. Namun begitu, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dalam kehidupan. Kita seharusnya perlu berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.
 Iman seseorang boleh berubah-ubah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. Sentiasa 'topup' iman kita. InsyaAllah kita akan dikurniakan pasangan yang dapat memimpin kita hingga ke syurga. Apabila seorang insan gagal mencinta Tuhannya, maka cinta sejati itu tidak akan ditemuinya.

Jodoh...
Duhai teman-teman, usahlah kau risau akan siapa jodohmu kerana pasangan yang bijaksana takkan terpaut hanya pada keindahan fizikal semata-mata.
Telah dicatatkan jodoh untukmu di Luh Mahfuz. Hanya tinggal peribadinya sahaja yang menentukan sejauh mana ketinggian peribadimu. Dan kemuliaan akhlakmu jualah yang akan menentukan sejauh mana keperibadian jodohmu kelak.


Tuesday, 16 October 2012

Perjalanan hidup setiap insan

Perjalanan hidup setiap insan di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Selagi maut belum datang menjemput, setiap manusia pasti tidak putus-putus berusaha supaya apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Namun disebalik itu, masih ada yang mempunyai jiwa kosong. Jiwa yang mana dia tidak tahu arah tujuan dan matlamat sebenar kenapa dia masih berada di atas muka bumi ini.


  • Yang miskin, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang sebelumnya. Bersaing untuk menjadi seorang yang berkehidupan bersederhana.
  • Yang sederhana, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang lain. Bersaing untuk menjadi seorang yang mempunyai kehidupan mewah.
  • Yang kaya, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang lain. Bersaing untuk menjadi seorang yang mempunyai kehidupan yang lebih mewah.


Keinginan manusia terhadap sesuatu benda tidak pernah terhenti setakat itu sahaja. Nafsu dan keinginan manusia kadang kala memakan diri mereka sendiri. Tidak salah untuk kita berkeinginan seperti itu, kerana kalau diberi contoh ilmu. Sebagai muslim, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu samada ilmu fardhu 'ain ataupun fardhu kifayah sehingga roh berpisah dari jasad. Ini kerana, ilmu tidak pernah habis untuk dituntut.

Apabila ajal maut menjemput, maka terpisahlah roh dari jasad. Ketika itu, perjalanan hidup setiap insan di atas muka bumi ini terhenti untuk perjalanan ke alam lain.

Sunday, 3 June 2012

Ujian Allah kepada hambaNya


Ya Allah...
Terimalah taubatku..terimalah solatku dengan sempurna...
Diri ini sering alpa..
Tunjukkanlah aku jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang Engkau redhai..
Janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau tunjukkan kebenaran..
Kuatkanlah imanku...untuk aku sentiasa mengingatiMu..

Sakit ini adalah ujian daripadaMu..
Ya Allah..jika sakit ini mendekatkan aku padaMu..aku pasrah..
Sesungguhnya aku tahu..Allah SWT masih sayangkan aku..

Masa yang berlalu tidak dapat diputar balik..
Di sini Allah ajarkan masa..tentang SABAR, Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU, itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita alpa,lupa akanNya..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat Dia dan jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk menidakkan kebijaksanaanNya?

Dan saat itu.."CUBA KAMU LIHAT LANGIT"..subhanaAllah, cantiknya langit, biru sebirunya.."Ya Rabbussamawati wal ardh, LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru", manisnya Allah bila memujuk hati..

Janganlah sesekali kita melupakanNya..ALLAHU AKHBAR


Saturday, 2 June 2012

Cinta yang selayaknya...

cc : rusydee artz

Ramai belum mengerti, apakah itu cinta? Cinta selayaknya diberikan kepada siapa? Siapa yang perlukan cinta? Cinta sebenar-benarnya milik siapa? Apakah erti cinta pada seseorang?

Cinta adalah satu perasaan terhadap Pencipta, lawan jenis, keluarga, harta, haiwan dan hal-hal lain yang menggerakkan hati pencinta untuk mencari yang mencintainya.

Sebagai manusia, perasaan cinta adalah fitrah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap makhluknya. Cinta selayaknya diberikan kepada yang sentiasa mencintai kita, memerhatikan kita dan yang telah mengatur segala ketentuan bagi kita. Selayaknya kita berikan cinta kita kepada pencipta alam ini, Allah SWT. Dia yang sentiasa mengasihi hamba-hambaNya. Mengapa harus kita berdukacita sekiranya cinta kita tidak dihargai oleh insan lain? Sedangkan kita tahu, kita diuji sedemikian rupa hanya kerana Allah masih sayangkan kita. Dan cinta Allah tidak pernah padam terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

Cinta mutlak sebenar-benarnya adalah milik Allah SWT. Allah SWT Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap makhluk-makhluknya. Tanpa cinta dari insan lain, kita masih mempunyai cinta dariNya. Allah SWT lebih Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk. Sekiranya seseorang itu hadir seketika dalam hidup kita, itu tidak bermakna hidup kita terhenti disitu sahaja. Ini kerana Allah SWT akan menghadirkan seseorang yang lebih baik untuk kita, yang membawa hati kita dekat denganNya. Bercintalah berlandaskan syarak.

Kadang-kadang, kita terleka bahawa yang dikejar itu bukan milik kita tetapi milik Allah SWT.

Friday, 25 May 2012

Kita hanya merancang tapi hanya Dia yang menentukan


JODOH

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika dia bukan ditakdirkan untuk kita.
Kita tetap tidak akan bersama dengannya.

Sekuat mana kita menolak.
Sehebat mana kita menidakkan.
Selama mana kita membenci.
Sejauh mana kita lari.

Jika dia ditakdirkan untuk kita.
Kita tetap akan bersama-sama dengannya.