Saturday, 2 June 2012

Cinta yang selayaknya...

cc : rusydee artz

Ramai belum mengerti, apakah itu cinta? Cinta selayaknya diberikan kepada siapa? Siapa yang perlukan cinta? Cinta sebenar-benarnya milik siapa? Apakah erti cinta pada seseorang?

Cinta adalah satu perasaan terhadap Pencipta, lawan jenis, keluarga, harta, haiwan dan hal-hal lain yang menggerakkan hati pencinta untuk mencari yang mencintainya.

Sebagai manusia, perasaan cinta adalah fitrah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap makhluknya. Cinta selayaknya diberikan kepada yang sentiasa mencintai kita, memerhatikan kita dan yang telah mengatur segala ketentuan bagi kita. Selayaknya kita berikan cinta kita kepada pencipta alam ini, Allah SWT. Dia yang sentiasa mengasihi hamba-hambaNya. Mengapa harus kita berdukacita sekiranya cinta kita tidak dihargai oleh insan lain? Sedangkan kita tahu, kita diuji sedemikian rupa hanya kerana Allah masih sayangkan kita. Dan cinta Allah tidak pernah padam terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

Cinta mutlak sebenar-benarnya adalah milik Allah SWT. Allah SWT Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap makhluk-makhluknya. Tanpa cinta dari insan lain, kita masih mempunyai cinta dariNya. Allah SWT lebih Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk. Sekiranya seseorang itu hadir seketika dalam hidup kita, itu tidak bermakna hidup kita terhenti disitu sahaja. Ini kerana Allah SWT akan menghadirkan seseorang yang lebih baik untuk kita, yang membawa hati kita dekat denganNya. Bercintalah berlandaskan syarak.

Kadang-kadang, kita terleka bahawa yang dikejar itu bukan milik kita tetapi milik Allah SWT.