Tuesday, 16 October 2012

Perjalanan hidup setiap insan

Perjalanan hidup setiap insan di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Selagi maut belum datang menjemput, setiap manusia pasti tidak putus-putus berusaha supaya apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Namun disebalik itu, masih ada yang mempunyai jiwa kosong. Jiwa yang mana dia tidak tahu arah tujuan dan matlamat sebenar kenapa dia masih berada di atas muka bumi ini.


  • Yang miskin, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang sebelumnya. Bersaing untuk menjadi seorang yang berkehidupan bersederhana.
  • Yang sederhana, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang lain. Bersaing untuk menjadi seorang yang mempunyai kehidupan mewah.
  • Yang kaya, berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik dari yang lain. Bersaing untuk menjadi seorang yang mempunyai kehidupan yang lebih mewah.


Keinginan manusia terhadap sesuatu benda tidak pernah terhenti setakat itu sahaja. Nafsu dan keinginan manusia kadang kala memakan diri mereka sendiri. Tidak salah untuk kita berkeinginan seperti itu, kerana kalau diberi contoh ilmu. Sebagai muslim, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu samada ilmu fardhu 'ain ataupun fardhu kifayah sehingga roh berpisah dari jasad. Ini kerana, ilmu tidak pernah habis untuk dituntut.

Apabila ajal maut menjemput, maka terpisahlah roh dari jasad. Ketika itu, perjalanan hidup setiap insan di atas muka bumi ini terhenti untuk perjalanan ke alam lain.