Sunday, 27 January 2013

Back up! oh back up!

Dah nak sampai ke penghujung sudah perjuangan sebagai pelajar praktikal. Tapi disepanjang itu jugaklah banyak benda yang jadi yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran.

Sistem aku telah berjaya di hands on kan kepada user iaitu staff Xray sendiri. Namun setiap benda yang diciptakan oleh manusia ada kekhilafannya melainkan ciptaan dariNYA. Setelah hampir sebulan digunakan, alhamdulillah tak banyak sangat feedback yang negatif yang aku dapat sebab sistem tu pon sistem kecik je dan bukannya nak guna satu hospital melainkan kalo buat sistem diet ke aplikasi maklumat pesakit ke dll.

Oke2..mesti nak tau kan kenapalah back up! back up! So straight to the point, sedang si developer ni duk adjust sistem boleh plak terdelete database. Senang citer aku uninstall xampp dan reinstall balik sekaligus data yang lalu dah XDE!!! warghhh panik sekejap. Dahlah SV kesayangan takder. Nak guna software recover data memang tak boleh sebab bukan erti kata sebenar 'delete' tapi telah di 'uninstall' macam kita nak uninstall kapersky kan dia tanya kita nak delete apa-apa ke idok.

Panik bukan sekejap! Sebab user aku tu dah isi dekat 1000 data dah. Mak kau! terkejut aku wehh. Camne nih? Camne nih? Kalo aku cakap silap aku, of course la user aku tu akan bengang. Yela sape tak bengang kan, kalo dah kena buat kerja sama 2kali. Tapi apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan haruslah ditanggung. Memang aku kena pikir reason paling mujarablah supaya diorang boleh terima reason aku tu. Aduii.

Oke..kesimpulannya sebelum apa-apa, haruslah dibackupkan dulu semua data-data yang telah ada. Tak kiralah dalam apa jua kerja yang kita ada untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Pengajaranlah tu supaya dah kerja nanti jangan diulangi benda yang sama.Huhuhu