Sunday, 27 January 2013

Back up! oh back up!

Dah nak sampai ke penghujung sudah perjuangan sebagai pelajar praktikal. Tapi disepanjang itu jugaklah banyak benda yang jadi yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran.

Sistem aku telah berjaya di hands on kan kepada user iaitu staff Xray sendiri. Namun setiap benda yang diciptakan oleh manusia ada kekhilafannya melainkan ciptaan dariNYA. Setelah hampir sebulan digunakan, alhamdulillah tak banyak sangat feedback yang negatif yang aku dapat sebab sistem tu pon sistem kecik je dan bukannya nak guna satu hospital melainkan kalo buat sistem diet ke aplikasi maklumat pesakit ke dll.

Oke2..mesti nak tau kan kenapalah back up! back up! So straight to the point, sedang si developer ni duk adjust sistem boleh plak terdelete database. Senang citer aku uninstall xampp dan reinstall balik sekaligus data yang lalu dah XDE!!! warghhh panik sekejap. Dahlah SV kesayangan takder. Nak guna software recover data memang tak boleh sebab bukan erti kata sebenar 'delete' tapi telah di 'uninstall' macam kita nak uninstall kapersky kan dia tanya kita nak delete apa-apa ke idok.

Panik bukan sekejap! Sebab user aku tu dah isi dekat 1000 data dah. Mak kau! terkejut aku wehh. Camne nih? Camne nih? Kalo aku cakap silap aku, of course la user aku tu akan bengang. Yela sape tak bengang kan, kalo dah kena buat kerja sama 2kali. Tapi apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan haruslah ditanggung. Memang aku kena pikir reason paling mujarablah supaya diorang boleh terima reason aku tu. Aduii.

Oke..kesimpulannya sebelum apa-apa, haruslah dibackupkan dulu semua data-data yang telah ada. Tak kiralah dalam apa jua kerja yang kita ada untuk mengelakkan perkara yang sama berulang lagi. Pengajaranlah tu supaya dah kerja nanti jangan diulangi benda yang sama.Huhuhu

Monday, 21 January 2013

Tercuit dek hati kecil ini pasti

Terasakah aku?
Peritkah aku untuk merasai semua ini untuk kedua kalinya?
Kejamkah aku?


Wednesday, 9 January 2013

Wahai hati..

Manusia sekarang terlalu mementingkan diri sendiri kan. Susah nak jumpa orang yang betul-betul telus dan jujur dengan kita. Manusia sekarang terlalu memandang kebendaan dan kepentingan demi memenuhi nafsu masing-masing. Sedihlah bila orang yang kita betul-betul percaya dan yakin bahawa dia akan memahami apa yang kita rasa tak seperti yang kita anggap. Di mana letaknya ukhwah dan rasa kasih sayang sesama saudara tu semua?

Kadang-kadang meletakkan diri di antara sepatutnya buat or tak sepatutnya buat. Terlalu complicated untuk menjelaskan. I know my journey is still long and anything will happen in between. Kata pepatah ikut hati mati ikut rasa binasa. Persahabatan Persaudaraan, Percintaan...pasti ada dalam hidup setiap insan. Tapi kenapa kadangkala ia tak berakhir dengan kegembiraan?



Tuesday, 1 January 2013

Praktikal oh praktikal

Hye beb!Hari ni terlebih rajin plak nak menaip..mengingat kembali nostalgia sebelum bermulanya episod baru dalam kehidupan kite sebelum menghabiskan status sebagai pelajar universiti ni *bajet dah habis je kan..kan..*. InsyaAllah bulan 10 nanti kite akan melangkah kaki ke atas stage dengan rasa bangganya setelah 3 tahun lebih pulun abis-abisan untuk mendapatkan segulung ijazah untuk ma abah. Aminn..aminn..

Eh, kelaut plak kite melalut ni..ishhh..actually nak kongsi pengalaman je..Biasanya, kebanyakan pelajar-pelajar tahun akhir ni mesti mengalami kekalutan keributan apabila tiba saat-saat akhir masih ada yang susah untuk mendapatkan tempat praktikal. So, antara panduan yang boleh dikongsi bersama kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal menjalani latihan industri di luar sana :

~Kalau boleh, 5 bulan sebelum korang start praktikal, korang kena survey dulu tempat-tempat praktikal nih.

~Korang kena ambil kira benda-benda penting bila korang dah pilih tempat tu, korang kena titik beratkan hal-hal macam tempat tinggal sama ada kena sewa bilik ke or else, jarak tempat praktikal dari rumah korang menginap semasa praktikal tu. 

~Kewangan penting sangat tau! Bayangkan if korang hanya dapat elaun RM500 tapi dengan duduk di rumah sewa lagi. If korang ade transport, *ini advantage la dari segi mudah nak bergerak dan masa * tapi kena pikir dari segi duit minyak lagi, maintainance lagi..ishhh banyak segi tuh. Satu lagi kalau tempat praktikal korang tu hari-hari lalu tol. Pergi dan balik dah berape ringgit. Tak masuk makan minum, toiletries bagai. Semuanya duit..duit..duit..

~Pilihlah tempat yang betul-betul tepat untuk anda. Takut nanti ada lah yang lompat sana lompat sini, bila ditanya kenapa bagi sebab jiwa tak serasi lah, takde kerja lah, tak best lah. No..no..no..taknak macam-macam, sebab nanti jadi habit tau. 1st impression orang industri kat kita dah down. So taknak macam-macam. Takde kerja, mitak kerja. Hehehe


So diharapkan panduan ini dapat membantu korang semua. Semoga korang dapat tempat praktikal yang terbaik! 












Antara cinta dan cita-cita???

Kerja-kerja...wahai kerja..susahnya nak buat keputusan dalam hidup bila dah sampai tahap dewasa ni. Life is not easy like we think.