skip to main |
skip to sidebar
Ya Allah...
Terimalah taubatku..terimalah solatku dengan sempurna...
Diri ini sering alpa..
Tunjukkanlah aku jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang Engkau redhai..
Janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau tunjukkan kebenaran..
Kuatkanlah imanku...untuk aku sentiasa mengingatiMu..
Sakit ini adalah ujian daripadaMu..
Ya Allah..jika sakit ini mendekatkan aku padaMu..aku pasrah..
Sesungguhnya aku tahu..Allah SWT masih sayangkan aku..
Masa yang berlalu tidak dapat diputar balik..
Di sini Allah ajarkan masa..tentang SABAR, Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU, itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita alpa,lupa akanNya..jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat Dia dan jika Allah tahu kita mampu, siapa kita untuk menidakkan kebijaksanaanNya?
Dan saat itu.."CUBA KAMU LIHAT LANGIT"..subhanaAllah, cantiknya langit, biru sebirunya.."Ya Rabbussamawati wal ardh, LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru", manisnya Allah bila memujuk hati..
Janganlah sesekali kita melupakanNya..ALLAHU AKHBAR
cc : rusydee artz
Ramai belum mengerti, apakah itu cinta? Cinta selayaknya diberikan kepada siapa? Siapa yang perlukan cinta? Cinta sebenar-benarnya milik siapa? Apakah erti cinta pada seseorang?
Cinta adalah satu perasaan terhadap Pencipta, lawan jenis, keluarga, harta, haiwan dan hal-hal lain yang menggerakkan hati pencinta untuk mencari yang mencintainya.
Sebagai manusia, perasaan cinta adalah fitrah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap makhluknya. Cinta selayaknya diberikan kepada yang sentiasa mencintai kita, memerhatikan kita dan yang telah mengatur segala ketentuan bagi kita. Selayaknya kita berikan cinta kita kepada pencipta alam ini, Allah SWT. Dia yang sentiasa mengasihi hamba-hambaNya. Mengapa harus kita berdukacita sekiranya cinta kita tidak dihargai oleh insan lain? Sedangkan kita tahu, kita diuji sedemikian rupa hanya kerana Allah masih sayangkan kita. Dan cinta Allah tidak pernah padam terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.
Cinta mutlak sebenar-benarnya adalah milik Allah SWT. Allah SWT Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap makhluk-makhluknya. Tanpa cinta dari insan lain, kita masih mempunyai cinta dariNya. Allah SWT lebih Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk. Sekiranya seseorang itu hadir seketika dalam hidup kita, itu tidak bermakna hidup kita terhenti disitu sahaja. Ini kerana Allah SWT akan menghadirkan seseorang yang lebih baik untuk kita, yang membawa hati kita dekat denganNya. Bercintalah berlandaskan syarak.
Kadang-kadang, kita terleka bahawa yang dikejar itu bukan milik kita tetapi milik Allah SWT.